Friday 14 September 2012

Bahan Bantu Mengajar BMM3105


Contoh Pidato

Teks Pidato :
Tajuk : Bersama – sama Mempertahankan Kemerdekaan Negara .
            Yang saya hormati Pegawai Pelajaran Daerah, Yang Arif  lagi bijaksana panel hakim , Yang Berusaha guru-guru besar , guru-guru dan seterusnya rakan seperjuangan yang saya kasihi. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tajuk pidato saya pada hari ini ialah “Bersama – sama Mempertahankan Kemerdekaan Negara  ”.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati ,
Usia kemerdekaan negara kita kini menjangkau puluhan tahun. Setiap rakyat tentunya berbangga apabila melihat kecemerlangan yang kita capai. Namun begitu, kecemerlangan ini akan menjadi sia-sia jika kemerdekaan negara tidak kita hiraukan.
            Kemerdekaan  yang kita nikmati sekarang ialah hasil perjuangan negarawan kita. Mereka telah berkorban membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Kita sepatutnya menjiwai semangat patriotik seperti yang ada pada mereka. Dengan adanya semangat ini, kesetiaan kita kepada negara tidak akan berbelah bahagi lagi.
            Selain itu, kita harus memupuk rasa cinta dan sayang akan tanah air. Kita dapat berbuat demikian dengan menyoroti sejarah yang memaparkan kesukaran perjuangan orang-orang terdahulu untuk mengecap kemerdekaan. Kita patut menghargai perjuangan mereka dengan memelihara kemerdekaan negara ini.
Hadirin sekalian,
            Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, tanpa mengira bangsa , agama dan budaya , kita semestinya menghayati erti kemerdekaan dengan sepenuh jiwa. Kita perlu berbangga menjadi rakyat Malaysia. Prinsip Rukun Negara patut kita dukung. Kemakmuran yang kita nikmati kini patut kita kekalkan. Jangankah kita mudah alpa dan terpedaya oleh anasir-anasir yang cuba memecahbelahkan perpaduan yang kita kecapi selama ini.

            Akhir kata, marilah kita berganding bahu dan hidup  harmoni untuk mencapai kestabilan politik dan ekonomi supaya kemerdekaan negara kita tidak tergugat. Kita harus bersatu untuk memastikan kemerdekaan negara kita terus berkekalan. Bak kata pepatah , “ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh ”.
            Sekian, terima kasih.


Lirik Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang


 Contoh Wadah :
Lirik Keranamu Malaysia
Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Ulang Daripada Mula
Keranamu negara Malaysia
Malaysia…
Terima kasih Malaysia!

           
 Sajak
AKU ANAK MALAYSIA
Detik ini…..
Pada tanggal 31 Ogos
Berulang lagi,
menjelma lagi,
Negaraku merdeka.
Dalam keriangan ini……
Kenangilah jasa perajurit,
jasa pejuang kemerdekaan
Yang tidak mengenal erti kekecewaan.
Aku bangga menjadi anak Malaysia,
Aku bangga mengibarkan jalur gemilang,
Aku bangga kereta nasional meluncur di jalan raya,
Akulah pengisi kemerdekaan ini,
Demi generasi akan datang.
Semoga negaraku sentiasa berdaulat,
Gemilang dan terbilang,
Aku anak Malaysia………..


 Pantun Patriotik:


Pergi ke kedai membeli ciku,
Di makan sambil membaca buku,
Bila ditanya tempat asalku,
Ku bangga menjawab Malaysia tanah airku.

Jangan diikut telunjuk Amerika,
Kelak negara tenat dan parah,
1957 ia merdeka,
Setelah 446 tahun kita dijajah.

Negaraku negara perkasa,
Dirahmati Allah Yang maha Esa,
Malaysia aman, makmur dan sentosa,
Walau hidup berbilang bangsa.

Naik sampan ke Pulau Pandan,
Tiada dayung diganti dahan,
Selagi nyawa dikandung badan,
Bumi ini akan tetap ku pertahan.

Negara kita hanya satu,
Baik buruk tetap negaraku,
Cekalkan hati untuk bersatu,
Demi kesejahteraan anak dan cucu.



Orang Melayu indah pekerti,
Adap dan sopan bertakhta dihati,
Taat dan setia tiada berbahagi,
Pada pemimpin bijak bestari.
Guru penyemai budaya ilmu,
Murid mengaji tanpa jemu,
Jika muafakat negara maju,
Jika bercakar negara buntu.

Mari sahabat mari saudara,
Ceriakan hati hilangkan lara,
Untuk capai satu suara,
Agar terjamin kedaulatan negara

 Catatan :

♥ Anak Malaysia, Mama, Merdeka ♀

Sampai ke hari ni dan saat ini
Masih belom kedengaran lagu Raya, tapi ramai dah teman2 tweet and update FB pasal lagu raya
"ehh MALL 123 main lagu raya"
"eh radio station ABC pasang lagu raya"

Tapi.... kenapa I sorang je tak dapat dengar lagu raya lagi?
Sedihnya, macam x bagi semangat Raya je :( Takde pulak ku dengar lagu M.Nasir tu
"Satu Hari di HAri Raya, Dua Hari di Hari Raya"
Cuma yangku dengar
"Tanggal 31 Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh, Merdeka,Merdeka"
Yup!! Lately ni dah beberapa hari Rynna dengar lagu patriotik

haritu dalam Putra LRT Stesen dgr lagu patriotik, kat Mall mana ntah pun dgr lagu Patriotik,Mungkin nak suruh semangat Merdeka lebih sikit kot this year

Semangat Kemerdekaan!!
Tema Hari Kemerdekaan ke 54 tahun 2011
"1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"


Bila cakap soal lagu patriotik, orang selalu cakap lagu patriotik boring..ehh lagu patriotik ada juga yang best di dengar laaa..apa uolls punya fav patriotic song ehh??
Sejahtera Malaysia are one of my favorite patriotic songs
"Puji dan Syukur pada Ilahi, Anugerahnya tiada terhingga,"

YA SAYA ANAK MALAYSIA!!
Saya bersyukur dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia,Walaupun Rynna berketurunan Indonesia dan tiada darah Melayu yang mengalir tetapi saya tetap bangga menjadi ANAK MALAYSIA sebab saya warganegara Malaysia, Non Bumiputera, lain-lain, haha

hidup di negara yang mempunyai pelbagai kaum bangsa dan agama
hidup aman damai dan sejahtera

aihh teringat pula lagu ni, mmg cukup popular satu masa dulu

"ALHAMDULILLAH SYUKUR NIKMAT, MALAYSIA MAJU RAKYAT SELAMAT"

YA SAYA ANAK MALAYSIA
MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU

No comments:

Post a Comment