Bubuhlah apitan ke…an pada kata-kata yang sesuai dalam
petikan di bawah ini :
Adakah anda anak sayang keluarga ?
Anda patut bersyukur jika anda disayangi
oleh mereka. Walau bagaimanapun, anda janganlah ibu bapa anda jika hendak mendapat segala
yang menjadi suka anda itu. Anda perlu menggembirakan mereka juga. Anda perlu
belajar dengan tekun. Rajin dan gigih anda
akan menentukan jaya anda pada masa depan. Jaya itulah yang akan menjadi
bangga keluarga. Anda hendaklah berbuat baik kepada sesiapa juga. Elakkan
bersifat angkuh, Baik anda akan menyebabkan orang suka berkawan dengan anda.
Angkuh pula akan menyebabkan orang akan benci anda.
Latihan
2 :
Isilah
tempat-tempat kosong di bawah dengan kata yang sesuai :
kebaikan
kebanggaan
kebangsaan
keberanian
kegemaran
kehakiman
kejujuran
kementerian
kesayangan
kesultanan
1.
Tempat menteri
bertugas disebut
______________________.
2.
Dia meminati
bidang _______________________.
3.
Lagu
____________________kita ialah “Negaraku .”
4.
Ismail murid
yang jujur ,
___________________nya patut dijadikan
contoh.
5.
__________________nya pada waktu
lapang ialah membaca.
6.
Pihak polis
memuji ____________________ pelajar itu.
7.
Kucing
____________________ saya
dilanggar kereta semalam.
8.
Bangunan
KOMTAR menjadi __________________ penduduk Pulau Mutiara.
9.
Salah
seorang sultan pada zaman __________________ Melaka ialah Sultan Muzaffar
Syah.
10.
______________________
orang-orang kampung itu tidak dapat
kami lupakan.
Tajuk
: Bersama – sama Mempertahankan Kemerdekaan Negara .
Yang
saya hormati Pegawai Pelajaran Daerah, Yang Arif lagi bijaksana panel hakim , Yang Berusaha
guru-guru besar , guru-guru dan seterusnya rakan seperjuangan yang saya kasihi.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tajuk pidato saya pada hari ini ialah
“Bersama – sama Mempertahankan Kemerdekaan Negara ”.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya
hormati ,
Usia kemerdekaan negara kita kini
menjangkau puluhan tahun. Setiap rakyat tentunya berbangga apabila melihat
kecemerlangan yang kita capai. Namun begitu, kecemerlangan ini akan menjadi
sia-sia jika kemerdekaan negara tidak kita hiraukan.
Kemerdekaan yang kita nikmati sekarang ialah hasil
perjuangan negarawan kita. Mereka telah berkorban membebaskan negara daripada
belenggu penjajahan. Kita sepatutnya menjiwai semangat patriotik seperti yang
ada pada mereka. Dengan adanya semangat ini, kesetiaan kita kepada negara tidak
akan berbelah bahagi lagi.
Selain
itu, kita harus memupuk rasa cinta dan sayang akan tanah air. Kita dapat
berbuat demikian dengan menyoroti sejarah yang memaparkan kesukaran perjuangan
orang-orang terdahulu untuk mengecap kemerdekaan. Kita patut menghargai
perjuangan mereka dengan memelihara kemerdekaan negara ini.
Hadirin sekalian,
Sebagai
rakyat yang bertanggungjawab, tanpa mengira bangsa , agama dan budaya , kita
semestinya menghayati erti kemerdekaan dengan sepenuh jiwa. Kita perlu
berbangga menjadi rakyat Malaysia. Prinsip Rukun Negara patut kita dukung.
Kemakmuran yang kita nikmati kini patut kita kekalkan. Jangankah kita mudah
alpa dan terpedaya oleh anasir-anasir yang cuba memecahbelahkan perpaduan yang
kita kecapi selama ini.
Akhir
kata, marilah kita berganding bahu dan hidup
harmoni untuk mencapai kestabilan politik dan ekonomi supaya kemerdekaan
negara kita tidak tergugat. Kita harus bersatu untuk memastikan kemerdekaan
negara kita terus berkekalan. Bak kata pepatah , “ bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh ”.
Sekian,
terima kasih.
Lirik Jalur
Gemilang
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya Empat belas melintang
jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat Jalur gemilang… di bawah
naunganmu
Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah Jalur gemilang
Contoh Wadah :
Lirik Keranamu Malaysia
Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
Ulang Daripada Mula
Keranamu negara Malaysia
Malaysia…
Terima kasih Malaysia!
Sajak
AKU ANAK MALAYSIA Detik ini….. Pada tanggal 31 Ogos Berulang lagi, menjelma lagi, Negaraku merdeka. Dalam keriangan ini…… Kenangilah jasa perajurit, jasa pejuang kemerdekaan Yang tidak mengenal erti
kekecewaan. Aku bangga menjadi anak
Malaysia, Aku bangga mengibarkan jalur
gemilang, Aku bangga kereta nasional
meluncur di jalan raya, Akulah pengisi kemerdekaan
ini, Demi generasi akan datang. Semoga negaraku sentiasa
berdaulat, Gemilang dan terbilang, Aku anak Malaysia………..
Pantun
Patriotik:
Pergi ke kedai membeli ciku,
Di makan sambil membaca buku,
Bila ditanya tempat asalku,
Ku bangga menjawab Malaysia tanah airku.
Jangan diikut telunjuk Amerika,
Kelak negara tenat dan parah,
1957 ia merdeka,
Setelah 446 tahun kita dijajah.
Negaraku negara perkasa,
Dirahmati Allah Yang maha Esa,
Malaysia aman, makmur dan sentosa,
Walau hidup berbilang bangsa.
Naik sampan ke Pulau Pandan,
Tiada dayung diganti dahan,
Selagi nyawa dikandung badan,
Bumi ini akan tetap ku pertahan.
Negara kita hanya satu,
Baik buruk tetap negaraku,
Cekalkan hati untuk bersatu,
Demi kesejahteraan anak dan cucu.
Orang Melayu indah pekerti,
Adap dan sopan bertakhta dihati,
Taat dan setia tiada berbahagi,
Pada pemimpin bijak bestari.
Guru penyemai budaya ilmu,
Murid mengaji tanpa jemu,
Jika muafakat negara maju,
Jika bercakar negara buntu.
Mari sahabat mari saudara,
Ceriakan hati hilangkan lara,
Untuk capai satu suara,
Agar terjamin kedaulatan negara
Catatan :
♥ Anak Malaysia,
Mama, Merdeka ♀
Sampai ke hari ni dan saat ini
Masih belom kedengaran lagu Raya, tapi ramai dah teman2 tweet and update FB
pasal lagu raya
"ehh MALL 123 main lagu raya"
"eh radio station ABC pasang lagu raya"
Tapi.... kenapa I sorang je tak dapat dengar lagu raya lagi?
Sedihnya, macam x bagi semangat Raya je :( Takde pulak ku dengar lagu M.Nasir
tu
"Satu Hari di HAri Raya, Dua Hari di Hari Raya"
Cuma yangku dengar
"Tanggal 31 Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh, Merdeka,Merdeka"
Yup!! Lately ni dah beberapa hari Rynna dengar lagu patriotik
haritu dalam Putra LRT Stesen dgr lagu patriotik, kat Mall mana ntah pun dgr
lagu Patriotik,Mungkin nak suruh semangat Merdeka lebih sikit kot this year
Semangat Kemerdekaan!! Tema Hari Kemerdekaan ke 54 tahun 2011 "1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"
Bila cakap soal lagu patriotik, orang selalu cakap lagu patriotik
boring..ehh lagu patriotik ada juga yang best di dengar laaa..apa uolls punya
fav patriotic song ehh?? Sejahtera Malaysia are one of my favorite patriotic songs "Puji dan Syukur pada Ilahi, Anugerahnya tiada
terhingga,"
YA SAYA ANAK MALAYSIA!!
Saya bersyukur dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia,Walaupun
Rynna berketurunan Indonesia dan tiada darah Melayu yang mengalir tetapi saya
tetap bangga menjadi ANAK MALAYSIA sebab saya warganegara Malaysia, Non
Bumiputera, lain-lain, haha
hidup di negara yang mempunyai pelbagai kaum bangsa dan agama
hidup aman damai dan sejahtera
aihh teringat pula lagu ni, mmg cukup popular satu masa dulu
"ALHAMDULILLAH SYUKUR NIKMAT, MALAYSIA MAJU RAKYAT SELAMAT"
YA SAYA ANAK MALAYSIA MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU