PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN PPPM
1.0 Pengenalan
Profesion keguruan merupakan
profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu . Peranan
guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai ilmu . Berbanding sistem
pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan
yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan
situasi – situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan . Selaras dengan
perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif , kreatif dan efektif
dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk
mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar sebagai ‘ knowledge worker ‘
dalam era revolusi maklumat abaf ke – 21 .
Guru
dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci
kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan
merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk
(output) . Dengan ini , sumber manusia ( modal insane ) perlu dibangunkan
secara bersepadu melalui latihan – latihan bagi memastikan setiap individu
dapat mengembangkan potensi ke tahap yang optimum . Program – program
pembangunan professional sudah tentu dapat mengupayakan guru demi meningkatkan
kualiti pendidikan negara .
Perkataan
keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru . Menurut Kamus Dewan
, guru bermaksud pengajar , pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan
pula berkaitan dengan guru dan peranan ( tugas dan kelayakan ) sebagai guru .
Sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai ciri – ciri
seperti kepentingan kemahiran intelek , latihan iktisas yang mencukupi ,
khidmat yang diperlukan oleh masyarakat . Menikmati autonomi individu dan
kumpulan , mementingkan mutu perkhidmatan , mempunyai tatasusila perkhidmatan
atau kod setia dan mempunyai organiasasi tersendiri untuk menguruskan soal –
soal yang berkaitan dengan pendidikan ( Lieberman 1956 ) .
Menurut
Kamus Dewan ‘profesion’ adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan
pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas .
Berdasarkan ciri – ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara
ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan
oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu ,
bersikap jujur , dedikasi , berakauntabiliti dan bermoral tinggi , mempunyai
autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organiasasinya
.
Sistem
pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke
hadapan . Perubahan – perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan
bertujuan memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah negara maju pada
masa hadapan . Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang
diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan oleh itu ,
adalah mustahak bagi setiap indidvidu yang berkecimpung dalam bidang ini
sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan , kelebihan prestasi dan
keterampilan dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan
teknologi pesat . Jika hal ini wujud , barulah tuntutan – tuntutan dalam
transformasi kurikulum itu dapat ditangani . Walaubagaimanapun , sejauh mana
kita mengiktiraf dan memartabatkan keguruan sebagai satru profesion bergantung
pada tanggapan masyarakat . Adalah peranan guru semakin hilang kewiwabawaannya
kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan pada kerjanya diiktiraf sebagai
professional oleh pihak kerajaan seperti doktor , peguam dan arkitek .
Dalam
konteks ini , pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha dengan
bersungguh – sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang
unggul dan disegani ramai . Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan
Pendidikan Malysia ( PPPM ) 2013 – 2025 iaitu memartabatkan profesion keguruan
antara agenda utamanya selain daripada “kemenjadian” murid . Para guru
sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek profesionalannya
dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran
selaras dengan kehendak teras PPPM .
2.0 Isu Guru dan Analisis : ( Peranan Guru Dalam Merealisasikan
PPPM ) .
Pada
Oktober 2011 , Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula sistem
pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan
Pembangunan Pendidikan yang baharu . Kerajaan telah mengambil keputusan
melaksanakan kajian semula system pendidikan berdasarkan standard pendidikan
anatarabangsa yang kian meningkat , peningkatan aspirasi negara dan harapan ibu
bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan
generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke – 21 .
Dalam
tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian , Kementerian telah memperoleh input
daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh
pakar pendidikan dari UNESCO , Bank Dunia , OECD , dan enam Institusi Pengajian
Tinggi Awam . Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah , guru ,
ibu bapa , orang ramai dan murid di seluruh negara . Dokumen awal Pelan
Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem
pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan
membandingkannya dengan tanda aras anatarabangsa . Pelan ini melakarkan visi sistem
pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan .
Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan starategik dan potensi yang perlu
dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan .
Perubahan
atau penambaikan sisitem pendidikan dilakukan dari semasa ke semasa . Pihak
yang berkenan berbuat demikian adalah atas alasan bahawa perubahan tersebut
penting untuk rakyat dan negara . Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia ( PPPM ) 2013 – 2025 oleh Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri
Muhiyiddin Yassin pada bulan September 2013 yang lalu adalah antara perubahan
terkini dalam sistem pendidikan kita .
Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk
melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama , seperti yang berikut , iaitu :
v pengetahuan
(murid yang berpengetahuan).
v kemahiran
berfikir (murid yang mahir berfikir) .
v kemahiran
memimpin (murid yang dapat menjadi
pemimpin) .
v kemahiran
dwibahasa (murid yang menguasai sekurang – kurangnya 2 bahasa) .
v etika
dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani yang
tinggi) .
v identiti
nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).
Dalam
menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama
seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah mencapai hasrat
tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya berpengetahuan ,
mempunyai kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin , menguasai dwibahasa ,
mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh , serta murid yang beridentiti
nasional . Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat sempurna
sifatnya jika generasi yang lahir dalam era PPPM 2013 – 2025 dapat dibentuk dan
dididik seperti yang dirancang . Oleh hal yang demikian , guru perlulah
melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melhirkan
kesemua hasrat tersebut . Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah
penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang dituntut oleh PPPM .
Langkah
Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan mengeluarkan
banyak dana seperti i – Think perlu dimanfaatkan secara serius . Hal ini
demikian kerana , untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga perlu
melakukan anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan guru
serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan . Sehubungan
dengan itu , setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif termasuk dapat menyelesaikan masalah dan
mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif . Usaha untuk melahirkan murid
yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah , khususnya melalui P & P .
Dalam proses tersbut , murid didedahkan pelbagai jenis soalan , termasuklah
yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif .
Dalam
era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang mampu
berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam
semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa . Menurut Mok
Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed Muhammad al – Alatas menyatakan ilmu
merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyaburan serta semangat kepada
jiwa manusia . Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua aspek kehidupan luaran
dan dalam jiwa manusia . Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya
ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya , terlibat dalam
sumbangan , dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu (Ragbir Kour
2007 ) . Dalam P & P , guru akan memindahkan ilmu yang baik , meninggikan
adab murid , serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu
.
Untuk
melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan kanak – kanak
mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan peranan .
Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran masing – masing untuk mengaplikasikan pelbagai
kaedah dan aktiviti P & P dalam membimbing murid agar menguasai kedua – dua
kemahiran tersebut . Walaupun begitu , usaha untuk menggalakkan murid
menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang agak mencabar .
Hal
ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu
menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak sekolah
dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk membimbing
murid agar meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan murid yang
berpengetahuan dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca , masih kurang
memuaskan . Antara puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan oleh orang
dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah . Bagi guru yang kurang membaca pula ,
mereka kurang cenderung untuk menasihati murid agar membaca . Jika guru yang
berkenaan berbuat demikian , keberkesannya tidak seberapa kerana guru tersebut
tidak dapat menghayati kenikmatan membaca .
Oleh
itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat membentuk tingkah
laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka membaca kepada
tabiat gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang menajdi guru diberi
Allah kelebihan berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW) bermaksud “Bahawa orang
yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan perkataan
mengajar itu amat terpuji ”. Menurut Al – Ghazali pula dari perspektif Islam ,
tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan . Tingkah laku
normal atau tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku
sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi . Sebarang pembentukan tingkah
laku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya murid yang dihasilkan mempunyai
tingkah laku yang terpuji dan dapat diterima umum .
Menurut
Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan
sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau separa sedar . Carl Rogers
( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut
persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu mempunyai konsep
kendiri yang positif maka dia berupaya berintetaksi dan bertindak dengan lebih
yakin .
Pengurusan
tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan
tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik
yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu bentuk sistem
pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat dan produktif
.
Guru
perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif
dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan menguruskan
tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius . Tingkah laku yang
tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses P & P yang
akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot .
Asas
penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah membina hubungan yang
positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah . Hubungan
yang dibina adalah berlandaskan perasaan guru – murid terutama di dalam
pendidikan sekolah rendah . Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan tepat
kepada murid – murid . Dalam masa yang sama guru juga boleh terima pujian
daripada muridnya . Melalui cara ini tingkah laku murid dapat dibentuk dengan
lebih berkesan .
Jadi
untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid – murid , guru hendaklah
merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti program
memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau memberikan hadiah
buku kepada murid semasa hari lahir mereka . Guru juga harus menjadi amalan
membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat menikmati faedah
membaca .
PPPM juga mempunyai matlamat untuk
melahirkan pelajar yang mempunyai keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak
mudah dicapai kerana tidak banyak program berkesan untuk melahirkan murid
seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang dianggap bertanggungjawab dan
mempunyai pencapaian akademik yang agak baik akan dilantik sebagai pengawas
sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai pengawas pusat sumber ,
ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan atau kelab. Perancangan
khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin yang berkualiti sehingga
kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti tidak
dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program sampingan. Oleh sebab itulah
ibu bapa dan murid beranggapan bahawa
program bukan akademik kurang penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap
program sedemikian kurang menggalakkan.
Peranan guru bukan sahaja merangkumi
aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran semata-mata tetapi
merangkumi pembentukan akhlak keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang
berkesan akan memastikan bahawa muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan
untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya.
Oleh itu, guru perlulah berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan pihak
sekolah dan ibu bapa untuk membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti dan
sihat.
Guru boleh berperanan sebagai ‘ mentor’
di mana peranannya merupakan kombinasi malatih, menyokong, memberikan bimbingan
dan maklum balas yang membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid
sebagai secara langsung dan tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa
aktiviti P&P di dalam kelas atau semasa aktiviti ko-kurikulum yang
diadakan. Peranan guru tidak terbatas sebagai seorang pengajar semata-mata
melaksanakan tugas mereka berdasarkan skop kurikulum dan arahan pihak
pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga pembimbing dan mendidik
pelajar menjadi insan yang sihat , positif dan dapat memberikan sumbangan
kepada masyarakat.
PPPM
juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.
Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak kepada
seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai bahasa,
golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya
meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh
murid ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , iaitu
bahasa antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan untuk
mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun begitu, walaupun
sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemardekaannya, namun masih terdapat murid bukan
Melayu yang tidak dapat berbicara dalam bahasa kebangsaan dengan fasih apabila
diajukan soalan dalam bahasa Melayu.
Bagi
pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak
memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan
timbul.Bagi sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah
ketika melaksanakan P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan
alasan memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk
menguasai bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang
jarang terdedah pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan
perhatian, sudah pasti ciri pelajar yang
dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat direalisasikan.
Maka di sinilah peranan guru sebagai
pengamal reflektif harus sentiasa mempersoalkan amalan dirinya dan tidak
hanya bertindak atas tabiat atau
mengikut arahan semata-mata. Refleksi membolehkan peramalnya menilai, memahami
dan belajar daripada pengalaman. Guru
hendaklah membuat refleksi terhadap ‘sesuatu’ yang dikaitkan dengan aktiviti
pengajarannya. ‘Sesuatu’ disini bolehlah dikaitkan demgam kelemahan murid
menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh itu, guru yang reflektif akan
merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran berasaskan teori dan prinsip
P&P. Amalan ini boleh diperkembangkan dengan bertanyakan diri soalan-soalan
yang berkaitan dengan perkara-perkara yang dilakukan sebelum, semasa dan
selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran – kemahiran dalam
profesion keguruan. Mengikut Schon (1987), apabila peristiwa atau pengalaman di
luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa menghadapi
permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan. Apabila
seseorang merenung kembali tindakannya, membauat analisa tentang peristiwa
lepas dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan
refleksi ke atas tindakan.
Daripada amalan merefleksi, guru
dapat membuat penyelidikan untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti
semasa membuat refleksi. Contoh , permasalahan penguasaan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris murid-murid. Guru sebagai penyelidik boleh mengkaji secara
sistematik isu amalan bilik darjah, membuat inkuiri untuk menghasilkan teori
dan kefahaman baharu berkaitan permasalahan yang dihadapi. Dapatan kajian
bolehlah dikongsikan dengan guru-guru lain di samping membina hubungan dengan
rakan taulan dalam usaha mencari amalan terbaik P&P.
Peranan guru sebagai penyelidik
membenarkannya mengkaji sesuatu peristiwa secara saintifik, membuat analisa
berdasarkan bukti empirical dan data yang sahih seterusnya membantu guru
membuat keputusan yang bijak dan berkesan mengikut teori-teori dan prinsip
P&P. Oleh itu, guru dan dengan kerjasama rakan-rakan sekerja dan panatia,
dapat membuat penyelidikan untuk membuat kajian tindakan terhadap isu masalah
penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid.
Diharap dengan adanya kajian tindakan yang dilakukan maka dapatlah sesuatu tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini.
PPPM turut mencatatkan bahawa system
pendidikan akan menyediakan pengalaman kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan
cabaran apabila dewasa dengan keupayaan menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan,
berpegang pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani
melakukan sesuatu yang betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang
penyayang dan dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan
negara turut diberikan penekanan. Bagaimanakah golongan guru dapat memainkan
peranan bagi mencapai hasrat tersebut ?
Antara usaha untuk menzahirkan
pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah melalui penyerapan nilai murni sama
ada secara langsung ataupun secara tidak
langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai
murni turut dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan
juga melalui aktiviti yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana
penyerapan kasih saying, keberanian, tanggungjawab, saling membantu, patriotik
dan lain-lain sudah dilakukan sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha yang
dilakukan guru di sekolah kadangkala kurang menampakkan kesan positifnya
memandangkan masih terdapat pelajar yang tidak memiliki ciri seperti yang
dimaksudkan itu. Usaha penyerapan nilai murni ini tidak harus dilakukan
bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guru-guru bersemangat patriotik bila
berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja. Tetapi bila tempoh sambutan
berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari Kemerdekaan sahaja.
Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan pemakaian baju
sahaja malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa dan nurani
setiap rakyat Malaysia.
Maka guru sebagai agen sosialisasi,
guru berperanan membentuk individu yang mampu, bersosialisasi dan memiliki
kecedasan emosi yang tinggi agar dapat menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan
kelak. Guru yang memahami peresaan diri dan orang lain mempunyai kawalan diri
dan motivasi diri akan mempamerkan sifat empati serta mampu membantu pelajar
membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat membentuk diri murid dengan konsep
kendiri positif serta membina keyakinan diri untuk mencapai potensi mereka.
3.0 Rumusan
:
Kesimpulannya,
kegagalan melahirkan lebih banyak murid yang memenuhi enam ciri seperti yang
dinyatakan dalam artikel ini tidak harus dipertanggungjawabkan kepada pihak
guru semata-mata. Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak kurang
pentingnya dalam mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang tinggal dalam
keluarga yang mementingkan ilmu, mengamalkan nilai murni dalam aktiviti harian
dan memperlihatkan nilai patriotik secara tidak langsung mempengaruhi murid
untuk mencontohi ahli keluarga mereka. Demikian juga halnya dengan rakan sebaya
dan masyarakat setempat. Sekiranya murid sering bergaul dengan rakan-rakan yang
biasa berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah pasti murid berkenaan akan turut
sama berbahasa dwibahasa.
Oleh yang demikian, tidak dapat
dinafikan tugas dan tanggungjawab guru adalah berat dalam usaha membentuk
generasi negara masa depan yang mampu menangani segala perubahan dan tuntutan
masa. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif sahaja yang mampu menonjol
imej guru yang dapat memainkan peranan yang cukup berkesan. Kepelbagaian tugas,
tanggungjawab inilah member cabaran pada guru bagi meningkatkan segala kualiti,
sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang profesionalisme ini agar ia terus
dipandang megah oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat negara menaikkan
mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa. Tegasnya, peranan guru di sekolah
amat penting dalam melahirkan murid
seperti yang dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya juga
bergantung pada pihak lain.